Jom ramai ramai ke karnival the red warriors malaysia yang bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammed Ke IV kota bharu kelantan dari 23 Julai hingga 27 Julai 2010.
Kemeriahan bola sepak malaysia hanya di Kelantan.
Jom ramai ramai ke karnival the red warriors malaysia yang bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammed Ke IV kota bharu kelantan dari 23 Julai hingga 27 Julai 2010.
Kemeriahan bola sepak malaysia hanya di Kelantan.
Gol kelantan masing masing dijaringkan oleh farhan mohammed dan badhri radzi ( piya )
Pendahulu liga super, selangor gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri satu sama dengan pencabar terdekat liga iaitu Kelantan FA
Namun pasukan tuan rumah berada di hadapan lebih awal apabila Jaringan Amirulhadi Zainal berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 65 hasil kesilapan pemain pertahanan kelantan.
Kelantan bangkit 5 minit kemudian apabila hantaran cantik dari farhan berjaya ditanduk masuk oleh ketua pasukan kelantan iaitu Indra Putra Mahyuddin yang menewaskan penjaga gol selangor hamsani ahmad.
Tahniah buat kedua dua pasukan kerana mempamerkan perlawanan menarik untuk ditonton dan tahniah juga kepada penyokong kelantan yang membanjiri stadium shah alam.Tanpa anda stadium shah alam akan sunyi sepi.
Dengan keputusan seri 1-1 selangor masih lagi berada di puncak liga dengan berkelebihan 5 mata namun bakal berdepan tugas getir apabila bakal berdepan dengan terengganu dan kedah hujung bulan ini.
VIDEO PENALTI KELANTAN DINAFIKAN OLEH REFEREE