Say Goodbye To Piala FA

Naib juara piala malaysia dan piala fa musim lepas, gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila gagal mara ke suku akhir apabila hanya mampu seri satu sama dengan kedah.

Walaupun kelantan menguasai keseluruhan permainan tetapi penyerang kelantan gagal memanfaatkan peluang yang terhidang di depan mata.Gol kelantan hadir pada minit 72 apabila kepala berdarah Indra Putra Mahayuddin berjaya menanduk masuk bola hantaran dari daudsu.

Kegembiraan penyokong tuan rumah tidak lama apabila kedah menyamakan kedudukan 3 minit selepas itu hasil kesilapan pertahanan kelantan yang jatuh kemudian terkena bola yang melepasi garisan gol untuk memberikan kedah gol penting untuk ke suku akhir.

Goodbye Piala FA 2010, fokus kepada Liga Super hingga boleh menjadi juara liga..InsyaAllah “Kelantan Boleh“.

LIVE RTM 1 – Kelantan FA v Kedah FA

Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan siaran langsung PIALA FA PUSINGAN KE 2 di antara kelantan dan kedah.Dengan ketiadaan penjaga gol syed adney dan halim napi yang mengalami kecederaan.Mampukah tugas ini digalas oleh keeper ketiga kelantan FA iaitu fahmi ?

Diharap pemain kelantan FA dapat bermain bersungguh sungguh dan bersemangat sama seperti penyokong yang tidak henti henti bersungguh sungguh dan bersemangat untuk bersorak demi pasukan kelantan FA.

Tiada alasan untuk kalah sekali lagi oleh Kedah di gelanggang sendiri.

Gomo Kelate Gomo

Piala FA Pusingan Kedua Kedah FA v Kelantan FA

Kedah FA v Kelantan FA

16 Februari 2010 ( Selasa)

1st eleven : Syed Adney,daudsu,azizi mat rose,rizal fahmi,farisham,shakir shaari ,piya,farhan,shahrul,chanturu danindra

Hari ini, bermulalah pertempuran paling sengit PIALA FA bagi pusingan kedua, kelantan bertandang ke kedah untuk mendapatkan bekalan selesa.Kelantan pastinya mengharapkan pemain emas negara nor shahrul idlan talaha (bukan sebab hairuddin omar dan akmal rizal tidak boleh di harap tetapi kerana mereka belum SERASI) untuk merobek  gawang kedah yang di jaga oleh helmi eliza.

Bermain di gelanggang sendiri pastinya memberikan kelebihan buat pasukan tuan rumah iaitu kedah yang sudah pastinya akan bermain bermati matian setelah mereka menang di kota bharu pada perlawanan liga super januari lalu dengan gol mudah.Pastinya mereka ingin menebus maruah mereka yang menang dengan gol lucu.Penyokong Kedah juga pasti akan berpusu pusu untuk ke stadium malam ini bagi melihat pasukan mereka beraksi.

Pasukan kelantan pula perlu mencipta rekod baru setelah tidak pernah menjaringkan gol di tempat lawan pada musim ini.Pasukan Kelantan teruskan berjuang demi negeri kelantan tercinta……….