Dipetik dari www.theredwarriors.com :
| Ekslusif Bersama YB Tan Sri Panglima Dato Hj Anuar Musa |
Kota Bharu, 20 Januari 2010 : Bagi menjernihkan kembali keadaan dan menenangkan kekusutan yang melanda segelintir penyokong-penyokong The Red Warriors, kami di TRWC membawakan secara ekslusif kenyataan daripada presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA), YB Tan Sri Panglima Dato Hj Anuar Musa.
Tan Sri ingin menyeru kepada semua penyokong-penyokong Kelantan agar tidak cepat melenting dan belajar menerima kekalahan, kerana itulah adat permainan bola sepak. Apa yang paling utama pasukan yang kita ada sekarang ini bukan sahaja lebih baik dari segi kekuatan yang dimiliki,tetapi prestasi kita juga sebenarnya lebih baik dari tahun lepas. Beliau juga menyeru agar penyokong melihat daripada skop yang lebih luas sebelum menjatuhkan hukuman ke atas pasukan. Imbas dan kaji kembali di mana tahap kita berada, jika musim lepas kita tewas di Kuala Terengganu, tahun ini kita berjaya mencuri 1 mata di sana. Jika tahun lepas kita tewas dalam perlawanan Liga di Kangar, tahun ini kita juga berjaya mencuri 1 mata di sana. Bandingkan pula jurang yang kita ada dengan Selangor selaku pendahulu liga sekarang,kita hanya dipisahakn dengan 7 mata dan dari satu sudut yang positif antara sedar atau tidak,kita telah menempuhi 3 pasukan 5 terkuat Liga Super seperti Kedah,Terengganu dan juga Perlis yang merupakan Naib Juara Liga Super musim lalu manakala Selangor pula memulakan perlawanan musim ini dengan pasukan pertengahan. Kita akan dapat tengok kedudukan sebenar pasukan,apabila Liga memasuki separuh perjalanan nanti.
Penyokong juga harus belajar daripada kesilapan-kesilapan lalu dengan bertindak pada batasan-batasan yang sepatutnya. Cukuplah KAFA menanggung beban kerugian membayar denda yang jika wang itu berjaya diselamatkan,dapatlah ia digunakan untuk pembangunan pasukan. Jandikanlah iktibar insiden separuh akhir pertama Piala FA dan juga perlawanan akhir Piala Malaysia sebagai titik tolak untuk kita menuju ke era yang lebih maju dan profesional. Pihak pengurusan sentiasa melakukan apa yang terdaya untuk bukan sahaja membawa kemajuan di dalam padang,tetapi juga apa sahaja yang orang lain belum buat tapi kita sudah mulakan.
Ditanya mengenai kedudukan ketua jurulatih B Sathianathan,dengan tegas beliau mengatakan isu itu bukan untuk dibincangkan kerana kita telah meletakkan kepercayaan penuh kepada Sathia, dan masakan kalah 1 perlawanan maka kita terus ingin melenting. Beri pasukan ini masa dan InsyAllah kita akan dapat lihat dan kecapi hasilnya nanti.
terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana telah mendengar luahan hati dari blog kelantan fa berkenaan dengan tugas anggota polis dan RELA yang menjaga pintu masuk stadium, Anggota polis dan RELA telah melakukan tugas dengan baik sekali semasa perlawanan kelantan menentang kedah dengan mengawal semua pintu masuk stadium dan tiada lagi tolak menolak berlaku, harap kekalkan hingga akhir musim.