Lancar Tabung Rm1 1Kelantan

Mohd. Nor Yaacob (kanan) turut menderma kepada tabung RM1, 1Kelantan yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong Kelantan untuk meringankan beban membayar denda FAM di Wisma KAFA, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johar
Semalam, kelab penyokong bola sepak kelantan telah melancarkan tabung RM1 – 1Kelantan bagi meringankan beban yang dipikul oleh pihak KAFA yang didenda RM50,000 oleh FAM ekoran sikap liar segelintir penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu.
Tabung ini akan diserahkan kepada setiap wakil kelab penyokong di setiap daerah dan mereka dengan rela hatinya akan mengadakan jelajah kelantan untuk mengisi tabung ini.
Setiap RM1 yang disumbangkan mampu meringankan beban pihak KAFA.Sebelum pada itu, pihak KAFA telah bermurah hati memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di indonesia dengan menaikkan tiket kepada RM2 ketika perlawanan menentang KL PLUS pada suku akhir piala malaysia 2009 yang lalu.
Dan kepada penyokong kelantan yang suka buat onar, janganlah anda pergi ke stadium lagi kerana orang seperti anda tidak diperlukan untuk menjadi penyokong kelantan.Orang seperti ini hanya menyokong ketika kelantan masuk ke final dan mungkin tidak pernah ke stadium sebelum ini.
Sekian




