Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Daripada Blog Kelantan FA


*kredit kepada pemilik video
Bagi yang tidak mendapat hadirkan diri ke majlis perkenalan pemain kelantan 2010 yang di adakan di KTC pada 21 november 2009 anda boleh download sedikit ucapan yang sempat dirakamkan.Download ucapan tan sri annuar musa disini www.kelantanFA.com/blog/ucapan.mp3, www.kelantanFA.com/blog/ucapan2.mp3 www.kelantanFA.com/blog/ucapan2.mp3
Senarai lengkap pemain Kelantan 2010 :-
1. Sy Adney
2. Md Shah
3. Khairul Fahmi
4. S.Subramaniam
5. Zamri Ramli
6. Farisham
7. Rizal
8. Azizi Mat Rose
9. Sarudy
10. Zairul Fitree
11. Daudsu
12. Badri
13. Shakir
14. Khairan
15. W Zaman
16. Indraputra Mahayuddin
17. Norfarhan
18. Zul Yusri
19. Azlan
20. Nor Shahrul Idlan
21. Akmal Rizal
22. Nizad
23. Che Hishamuddin
24. S. Chanthuru
25. Ramzul
Player baru Kelantan FA musim 2010 -
Syed Adney Syed Hussien (My-Team),
Norshahrul Idlan Talaha (My-Team),
Shakir Shaari (My-Team),
S. Chanturu (P.Pinang),
S. Subramaniam (Perak),
Akmal Rizal Rakhli (KM Naza),
Azizi Che Ros (Perlis).
Pemain yang keluar/drop
HALIM
KHALID
SERUL
NAFUZI
EZRIE
NORMI
SAPUAN
FAIZUL CHE NOH
Sumber Dari Kelate.net

Akmal Rizal Ahmad Rakhli (born on December 12, 1981), telah pun menandatangani kontrak setahun bersama Kelantan FA di hadapan coach dan presiden pasukan di hotel pan pasific klia tengah hari tadi.
Selamat datang ke pasukan Kelantan FA, Semoga kedatangan anda akan membuatkan pasukan Kelantan yang bergelar “Red Warriors” ini semakin di geruni pada musim hadapan dan teruskan menyumbang gol untuk pasukan kelantan.
Petikan & Artikel Terhebat Baru & Benar Dari Kosmo.com.my

Gambar kredit kepada tuan foto
Barangkali jika ada anugerah persatuan paling popular dan kontroversi tahun ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah calon yang paling layak untuk menerimanya.
Apa tidaknya, KAFA tidak pernah sunyi daripada menjadi perhatian umum bukan sahaja kerana peningkatan mendadak pemain Kelantan tetapi angkara peminat fanatik yang tidak kena cara.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pernah memberitahu, KAFA antara persatuan bola sepak yang paling banyak membayar denda sehingga melebihi modal yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ini jelas kerana FAM hanya memperuntukkan RM300,000 kepada setiap pasukan bertanding tetapi sehingga kini, denda yang dibayar KAFA kepada FAM sudah melebihi modal yang diberikan. Terbaru, KAFA didenda RM50,000 angkara keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas.
Penjelasan itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa cabaran menguruskan KAFA bukan semudah yang disangka walaupun ada pihak menganggap KAFA adalah persatuan bola sepak paling mewah hasil penjualan tiket kerana kehadiran penonton yang begitu ramai pada setiap perlawanan.
Dua musim diterajui Annuar, kantung KAFA sudah mula terisi.
Setiap perlawanan melibatkan pasukan Kelantan hampir 20,000 hingga 25,000 penyokong akan membanjiri stadium keramat mereka Stadium Sultan Muhammed IV itu, sekali gus menjadikan KAFA sedikit lega untuk menampung keperluan kewangan.
Bagaimanapun, hasil yang masuk ke akaun KAFA tidak mampu untuk bertahan lama dan jumlah kutipan tiket yang diperoleh masih belum mampu untuk ‘menyenangkan’ pihak persatuan gara-gara sikap penonton skuad Wira Merah yang ‘aneh dan pelik’.
Sikap fanatik tidak kena cara dan kurang bijak dengan membaling mercun dan bunga api serta objek lain seperti botol dan bekas air menyebabkan mereka sudah di cop sebagai antara penyokong paling bermasalah di Malaysia.
Namun, seperti tidak adil kepada penyokong Kelantan apabila setiap kali insiden keganasan, seluruh mata terus tertumpu ke arah mereka.
Secara jelasnya, insiden 7 April lalu ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu benar-benar memberi kesan terhadap maruah penyokong Kelantan.
Mereka secara terus-terusan dituduh sebagai penyokong bermasalah dan sering mencetuskan keadaan yang tidak sihat.
Masalah kelakuan penyokong tidak beradab bukanlah masalah Kelantan sahaja.
Menyorot kembali permasalahan yang dicetus oleh penyokong, musim ini bukan sahaja penyokong Kelantan malah penyokong Perlis dan Terengganu juga adalah antara watak yang turut mencetuskan kontroversi.
Namun, double standard yang wujud cukup mengguriskan hati puluhan ribu penyokong dan peminat Kelantan apabila tindakan yang diambil oleh FAM kepada penyokong selain daripada penyokong Kelantan hanya sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’.
Keganasan penyokong Perlis yang timbul di luar Stadium Utama, Kangar pada 31 Oktober lalu menyaksikan penyokong Kelantan ‘dibantai’ teruk di laman lawan.
Lebih 20 buah kenderaan dirosakkan oleh penyokong perlis termasuk bas yang membawa pemain-pemain Kelantan.
Letupan mercun dan balingan objek juga cukup meriah di sana sehinggakan salah satu mercun yang dibaling hampir mengenai salah seorang pemain Kelantan yang terbaring kerana mengalami kecederaan ketika itu.
Namun, FAM sepeti ‘membutakan’ mata dan ‘memekakkan’ telinga kerana tiada tindakan diambil terhadap Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).
Apa yang menghairankan, kejadian tersebut bukan sahaja disaksikan oleh penyokong Kelantan yang hadir di stadium, malah jutaan yang lain kerana perlawanan tersebut disiarkan secara langsung oleh RTM.
Barangkali perlawanan yang berlangsung pada malam tersebut tidak disaksikan oleh seorang pun mereka yang berada di dalam jawatankuasa disiplin atau jawatankuasa pertandingan atau apa-apa jawatankuasa lagi yang ada di Wisma FAM, Kelana Jaya menyebabkan badan induk bola sepak negara itu tidak mempunyai bukti untuk menghukum PFA.
Aneh tetapi itulah realiti yang dihadapi oleh KAFA dan penyokong Kelantan apabila mereka seperti dianaktirikan dan seolah-olah Kelantan ini adalah pasukan bola sepak dari negara jiran yang tumpang bertanding dalam Liga Malaysia.
Di Kuala Terengganu tempoh hari, kekalutan melibatkan penyokong turut berlaku. Perlawanan peringkat kumpulan antara Negeri Sembilan dan Terengganu turut dicemari dengan insiden balingan mercun.
Lebih teruk daripada itu, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin yang sememangnya tidak begitu sempurna menyebabkan ada penonton yang masuk ke padang dan cuba menyerang pengadil dan pegawai pertandingan selain pemain pasukan pelawat.
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya didenda RM16,000 kerana tiga kesalahan iaitu membaling botol terhadap pegawai perlawanan (RM5,000), penyokong meluru masuk ke padang (RM5,000) dan cuba memukul pengadil (RM6,000).
Dendanya murah dan mungkin ia adalah kesalahan pertama penyokong Terengganu atau sebaliknya.
Hanya FAM yang mengetahui segala yang tersirat itu.
Bagi penyokong Kelantan, ini adalah masa untuk mereka berubah dan turut sama merasai tanggungjawab yang dipikul oleh KAFA.
Mereka mungkin lebih dihormati sekiranya memiliki pasukan yang hebat dan dalam masa yang sama, mereka memberi sokongan dengan cara yang lebih profesional.
Artikel dipetik dari : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm
TABUNG 1RINGGIT 1KAFA : “KAMI PRIHATIN UNTUK KAFA”
No Akaun : 112268085852
Nama : Azra Bin Mohd Zin
No Tel : 012-2964811
Email : azra.mohdzin@ap.sony.com
Berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing. Serentak dengan ini, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) mengambil inisiatif sendiri melancarkan tabung kutipan derma 1RINGGIT 1KAFA bagi mengisi tabung “ Kami Prihatin Untuk KAFA “ bermula hari ini, 13hb November 2009 sehingga 20 November 2009 . Kutipan derma ini bertujuan bagi membantu meringankan beban Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diatas hukuman denda RM 50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) angkara keganasan penyokong pada perlawanan akhir Piala Malaysia, 7 November yang lalu. Atas semangat kenegerian dan kebertanggungjawaban bersama kepada bola sepak Kelantan, marilah kita semua sama-sama menghulurkan sumbangan derma setakat termampu bagi membantu meringankan beban yang dipikul oleh KAFA. Segala sumbangan saudara/saudari boleh disalurkan seperti penama diatas.
Pihak Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) akan menyerahkan sendiri hasil kutipan derma ini kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada satu majlis memperkenalkan para pemain Liga Super Kelantan 2010 di KB Mall, Kota Bharu pda 21hb November ini. Semoga sumbangan derma ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan pihak KAFA akhirnya. Sekian terima kasih.
Dipetik Dari Kelate.net
Wordpress Theme designed by DT Website Templates
|