Video Gol Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia Perlis 1 – 3 Kelantan
video uploaded by mygg2u
video uploaded by mygg2u
(video mercun di baling kepada pemain kelantan farisyam ismail)
Selepas menyaksikan tiada lagi peluang untuk perlis menjejakkan kaki ke final Piala Malaysia musim 2009 selepas skuad “Singa Utara” itu dibaham oleh “Sang Kijang Berjiwa Harimau”, Penyokong perlis mula bertindak liar apabila membaling mercun dan hampir terkena pemain pertahanan kelantan iaitu Farisyam ismail.Insiden ini berlaku pada 2 minit sebelum perlawanan ditamatkan.
Jadi apakah hukuman yang wajar dijatuhkan oleh FAM atas tindakan liar penyokong perlis yang seakan akan tidak bertamadun itu?
Tolonglah bersikap Adil wahai FAM yang disanjungi.
| No. | Time | Home | Away | Venue | |
| 71 | 8:45:PM | Perlis 1 | vs | 3 Kelantan | Stadium Utama Negeri, Kangar |
| 72 | 8:45:PM | Terengganu 1 | vs | 3 Negeri Sembilan | Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah |

Saksikan siaran langsung perlawanan di antara perlis menentang kelantan, layari http://bkj-station2.jaring.my/tv1
video uploaded by mosyamufc
| No. | Time | Home | Away | Venue | |
| 69 | 8:45:PM | Kelantan 2 | vs | 0 Perlis | Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu |
| 70 | 8:45:PM | Negeri Sembilan 1 | vs | 0 Terengganu | Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS |

Fakta menarik tentang Separuh Akhir Piala Malaysia 2009(dipetik dari http://harimaumalaya.com) :
1. Ken Worden menyifatkan pasukan Terengganu ‘penyu berjiwa harimau’.
2. Pertembungan Kelantan dan Perlis jadi tumpuan peminat bolasepak tempatan.
3. Sentuhan dan taktik jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak menjadi.
4. Peminat dari Brunei dan Singapura turun padang menyokong pasukan pilihan masing-masing.
5. Beribu-ribu penyokong ‘Red Warriors’ dan ‘Sang Rusa’ dijangka akan membanjiri stadium malam ini.
Harap maaf, seperti biasa penulis akan ke stadium untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama piala malaysia kelantan menentang perlis, tiada live update di www.KelantanFA.com, sila dapatkan live score di www.futbol24.com

Suasana Di Stadium Sultan Muhammed Ke IV Pukul 12 Tengahari



- Lebih 20 orang pengsan kerana merebut mahu beli tiket, sungguh mengecewakan kerana ramai yang datang dari pukul 7 pagi tidak dapat tiket kerana telah di “gomo” oleh ulat tiket
- Tiket yang kafa jual Rm10 di potong oleh orang kaunter tiket dengan pen dan meletakkan harga Rm12
- Lebih 10 ribu orang datang pada pukul 12 tengahari untuk membeli tiket
- Ulat tiket tetap ada dan menjual Rm35 untuk tempat duduk terbuka (Siapakah dalangnya – Mungkin orang dalam.)
- tok guru nik aziz akan hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama piala malaysia Kelantan FA lawan Perlis
Wordpress Theme designed by DT Website Templates
|